|
AKU MAAFKAN KAMU-JAMAL ABDILLAH FT MALIQUE
Sunday, 6 April 2014 | 03:18 | 0 comments
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu Yang aku maafkan kamu Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam Ini bukan lagu rindu ini madah dendam Kutimbang tanpa neraca di awal usia Ku dihukum masuk neraka oleh manusia Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu Jadi yang tak berganjak biarkan saja begitu Maafkan mereka, mereka tidak tahu Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu Mereka tidak fasih malah fasik guna kata Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa Maafkan mereka, mereka tiada nilai Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya Terlalu rahi dendam di angan Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu Yang aku maafkan kamu Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara Kalau terpelajar sila guna hak miranda Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham Mereka mula kiri, aku kanan bila baca Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta |